Khamis, 14 Julai 2016

ASAM

menjual secara runcit dan borong makanan ringan seperti asam, jeruk, keropok dan lain-lain lagi. Sesiapa yang berminat hubungi saya di talian: 017-4869359, 017-5378466 atau email di: zohardi73@gmail.com


Jenis-jenis asam serta harga
               1. Asam Hua Mei Tiao                





Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM20/KG* 
 2. Asam Buah Api 


   
Sepapan 15 bungkus x 35g: RM6/-
RMRM13/KG* 


 3. Asam Prune Of Rose  


Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM20/KG* 


4.Asam Ceri Hitam


 Sepapan 15 bungkus x 30g: RM6/-
RM15/KG* 


5.Asam Prune Of Longing


 Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RMRM20/KG* 


6. Asam Katok



Sepapan 15 bungkus x 30g: RM6/-

RM14/KG* 


7. Asam Bidara Kering


Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM15/KG* 


8.Asam Anggur Kering


Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM15/KG*



9. Asam Peach Belah

Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM20/KG* 


10.Asam Kuaci
Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM20/KG* 


11.Asam Ko Merah
Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-
RM18/KG* 



12.Asam China/Boi
Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM18/KG* 


13.Asam Buah Cinta Kuning
Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM17/KG* 


14.Asam Lobak Merah
Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM16/KG* 




15.Serbuk Asam 
Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM15/KG* 




16.Halua Pala
Sepapan 15 bungkus x 15g: RM6/-

RM12/KG* 



*Bagi pesanan 4kg ke atas.  
 asam-masin-manis2.blogspot.com
Y

Selasa, 22 Mac 2016

Tafsir Maulana Hadi

#18ALKAHFI
#AYATKE33: PERBUALAN DUA SAHABAT 

USUL AYAT

Sayugia ingin diberitahu bahawa orang yang mempunyai hubungan dengan Allah adalah bersifat suka bercakap tentang kebesaran dan ketauhidanNya kepada orang lain. Sebaliknya orang yang berjauhan dengan Allah adalah bila bercakap tiada menyentuh tentang Allah. Betapa nipisnya iman mereka. Ambillah contoh Nabi kita. Baginda sentiasa bercakap siang dan malam tentang Allah. Mereka akan mengajar manusia dengan kitab Allah atau jika tidak pun mengajar manusia dengan hadis-hadis Rasulullah. Jadual mereka penuh dengan membesarkan Allah. Begitulah yang berlaku kepada ulamak-ulamak terdahulu. Inilah contoh mereka yang ada hubungan rapat dengan Allah. 

Tidak semua orang memiliki minat yang sama. Manusia dijadikan dengan minat yang berlainan. Itulah keunikan ciptaan Allah. Jika kita minat tentang politik, percakapan kita akan menjurus kepada hal-hal politik, hinggakan tak sedar masa meninggalkan kita. Kita tak akan pedulikan orang lain samada minat mendengar atau tidak sehinggakan tidak sedar mereka yang sudah menguap tanda mengantuk atau jemu dengan percakapan kita. Perkara ini akan berulang setiap hari dan berlaku dalam kalender kehidupan mereka. Ia tidak dapat disembunyikan kerana minat mereka terhadap sesuatu perkara meluap-luap. Tambahan pula bila ada isu yang menarik minat umum. 

Perkara ini juga berlaku kepada jurujual yang berpidato untuk melariskan jualan mereka. Merka berkempen tidak mengira tempat dan ‘mood’ pendengar. Percakapan mereka begitu yakin dan penuh semangat. Mereka tak mengira samada percakapan mereka itu dilayan pendengar. Yang penting apa yang ingin diluah dapat dikeluarkan. Mereka ingin hati mereka puas. Kenapa ia terjadi? Ini kerana ia sudah sebati dalam jiwa mereka. Inilah gambaran yang berlaku di dalam setiap jiwa manusia yakni apabila mereka sudah jatuh cinta dan minat kepada sesuatu bidang, mereka tidak akan berdiam diri. Jika satu hari mereka tidak dapat meluahkan isi agenda mereka, hati mereka tak akan puas dan akan terasa sesuatu tidak kena. 

Walau macamana minat pun kita terhadap sesuatu perkara, cubalah kita bercakap tentang Allah terlebih dahulu. Bandingkan diri kita dengan apa yang Allah sebut di dalam al Quran. Ingatlah orang yang ada hubungan dengan Allah, walau dengan sesiapapun mereka berjumpa, lafaz terhadap Allah dan percakapan tentangNya akan didahulukan. Bercakaplah tentang apa-apa pun samada tentang zakat, perniagaan, sukan riadah, politik atau kehidupan seharian sekalipun asalkan ia ada hubungan dengan ugama kerana apabila bercakap tentang ugama, ia ada kaitan dengan Allah. 

TERJEMAHAN DAN TAFSIR

وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ    
Dan juga memiliki harta lain (dari emas dan perak)

Maksud harta selain kebun tersebut emas dan perak atau mungkin berupa haiwan ternakan atau lain-lain harta benda. Jelas sekali pemilik tersebut adalah seorang yang kaya raya. Hasil tanaman yang diusahakannya itu telah menjadikannya kaya tapi disebalik kekayaan itu dia pun memiliki kekayaan lain ثَمَرٌ. Perniagaan yang diuruskan tidak mendatangkan sebarang kerugian apatah lagi mengalami kesusahan. Ini bermakna walaupun jika berlaku kerugian di atas usaha tanamannya, ia tidak akan menjejaskan hartabendanya atau kehidupannya yang serba mewah.

Peratusan keuntungan yang dialami melalui uruniaga pertanian biasanya adalah tinggi, melebihi lain-lain perniagaan. Al Quran telah menjelaskan bahawa pertanian adalah suatu perniagaan yang menguntungkan dan risikonya amat kurang, selagi Allah tidak takdirkan dengan bencana alam.
Di atas pemilikan dan keuntungan tersebut menyebabkan pemilik tersebut menjadi sombong dan riak. Dia tidak endah kepada sesiapa pun dan tidak juga berhajat kepada sesiapa pun. Percakapan beliau pun sudah berubah, dan seolah-olah seperti ingin menjadi tuhan. Perkara ini terserlah apabila beliau berinteraksi dengan sahabatnya yang beriman dan mempunyai hubungan dengan Allah. 

Inilah gambaran yang terjadi bila dua orang sahabat bertemu. Sahabat yang ada hubungan dengan Allah akan bercakap tentang ketuhanan atau hal berkaitan ugama. Apabila mereka bertemu, sahabat yang ada hubungan dengan Allah akan memberi nasihat kepada sahabatnya tentang hal keugamaan dan berkaitan dengan apa yang Allah kehendaki, samada mengenai solat, zakat, puasa, al Quran atau berkaitan hadis. Apa saja yang berkaitan dengan ugama, ia sebenarnya berkaitan dengan hubungan dengan Allah. 

Cuba kita lihat kepada diri kita apabila menyentuh percakapan dengan hal-hal sebegini. Ada di kalangan sahabat kita sudi mendengar dan menerima dan tak sedikit juga yang mengalihkan kepada topik lain atau menolak serta membantah percakapan kita. Mereka yang menerima itu mempunyai hati yang betul-betul dalam fitrah, yang tidak dikotori dengan dakyah-dakyah luaran, tetapi malangnya majoriti menolak. Ini adalah perkara biasa berlaku dalam masyarakat lebih-lebih lagi apabila individu yang menolak itu mempunyai segala-gala yang dikehendaki dalam hidupnya. 

Sukar untuk mentarbiah manusia sebegini. Apabila nasihat diberi agar mengingati Allah, mereka yang sibuk dengan hal dunia akan memberi pelbagai alasan. Ada yang tiada masa nak solat kerana kesibukan dunia. Orang yang lemah imannya akan melenting apabila dinasihati. Oleh itu gunakanlah pendekatan yang berhemah kepada mereka. Jangan cepat menuduh mereka dengan pelbagai tohmahan. Inilah jawapan mereka yang kurang iman dan jauh dari Allah. Sesiapa di kalangan orang berugama Islam yang mempunyai jawapan seperti di bawah, maka bahayalah menunggu mereka.

فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ    
Lalu dia telah berkata kepada sahabat beliau.

Sahabat yang dimaksudkan ini adalah rakan perbualan yang didatangi penyeru tauhid, orang beriman atau yang taat kepada Allah.

وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ   
Hal keadaan dia bersoal jawab, iaitu...

Sedangkan mungkin banyak perkara yang dibincangkan, tetapi perkataan ini yang Allah turunkan di dalam al Quran. Kebiasaannya apabila menyentuh perkara ugama, mereka akan mempersoalkan tentang di mana dalil dan bukti. Di sini akan berlaku soal jawab. 

أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا    
“Aku mempunyai lebih banyak harta dari kamu,

Inilah yang berlaku semasa soal jawab di antara mereka. Dia mendabik dada tentang kekayaan, kebahagian dan kemewahan yang dicapainya. 

وَأَعَزُّ نَفَرًا    
dan mempunyai lebih hebat dan lebih ramai pengikut atau pengaruh (tapi aku bukan Islam)”.

Inilah dua ‘point’ yang biasa diguna oleh manusia yang ada segala-galanya tapi tiada ugama. Maka nasihat sahabatnya itu tidak dipakai.
Sahabat yang menjadi teman perbualan beliau itu adalah pemilik kebun yang satu lagi, dan dia adalah seorang muslim, manakala beliau adalah seorang kafir. Pengikut setianya ramai dan pengaruh yang menyokong beliau dari sokongan moral pun kuat. Dari segi sokongan dan pandangan masyarakat berpihak kepada beliau, sedangkan hartanya banyak sekali.

Anugerah dunia ini menyebabkan kita ingat Tuhan itu sayangkan kita semua, bahkan tidak begitu. Allah dengan sifatNya yang ar Rahman itu memberi nikmat rezeki tidak mengira mereka itu beriman atau kufur kepadaNya di dunia, tetapi sifat ar RahimNya hanya dilimpahkan kepada orang yang beriman sahaja di akhirat. Inilah salah satu sebab yang membuat kita yang diberikan kekayaan, kebahagian dan pelbagai kejayaan di dunia tidak menyedari atau leka tentang balasan di akhirat. Kita mungkin tahu tentang tarikh lahir kita, tapi tak mungkin tahu tentang tarikh kematian kita. Ingatlah, hidup di dunia ini sementara sahaja, yang kekal adalah di akhirat. Kita hendaklah menyedari tujuan kita dicipta ke dunia. 

Oleh itu marilah kita sama-sama membuat persiapan menuju ke arah itu. Apa yang dibuat adalah berusaha mengenali Allah dan taat kepadaNya. Untuk mengenali dan mentaati Allah, hendaklah kita belajar cara-caranya, yakni melalui kitabullah, bukan dengan buah fikiran kita sendiri yang tidak sempurna. Kita hendaklah membahagikan masa kita untuk beribadat dan melunaskan kehidupan harian mengikut syariat. Ini kerana berugama bukannnya bererti meninggalkan urusan dunia, tetapi menghayati ugama dalam kehidupan dunia. Oleh itu kehidupan kita mestilah menepati syariat supaya ibadah terhadap Allah menjadi sempurna dan adab sesama manusia dan maklhuk lain pun sempurna. Dengan itu, segala urusan dunia dan akhirat kita ini menuntut kepada masa dan pengorbanan.



#18ALKAHFI
#AYATKE33: REZEKI MELIMPAH RUAH DARI ALLAH
TERJEMAHAN DAN TAFSIR
كِلْتَا ٱلْجَنَّتَيْ
Kedua-dua jenis kebun itu
Yakni termasuklah kebun anggur, kurma dan tanaman rujinya, iaitu gandum dan beras.
ءَاتَتْ أُكُلَهَا
sentiasa mengeluarkan hasil yang baik
Ini bermakna setiap kali tanaman-tanaman itu dituai, ia akan membuahkan hasil yang sempurna, iaitu setiap tangkai dari pepohon tersebut membuahkan hasil yang amat memuaskan. Tak berguna kiranya atas usaha yang pelbagai dengan pokok yang segar tapi tiada medatangkan hasil yang memuaskan.
وَلَمْ تَظْلِم مِّنْهُ شَيْـًٔا ۚ
dan tidak mengurangkan pun apa-apa hasil dari tanaman itu
Ini menunjukkan setiap matlamat dalam penghasilan tiada pengurangan walau sedikit pun. Ia mencapai ‘target’. Ini biasa berlaku kepada petani-petani moden yang mempraktikkan tanaman secara komersial. Mereka yang mempunyai ladang tanaman yang luas dengan menggunakan cara tanaman yang sistematik akan dapat mengetahui hasilan mereka. Jika ‘target’ hasil mereka adalah 10 kontena setahun, maka hasil itu akan tercapai. Dengan ‘target’ tercapai, mereka dapat membuat ‘budget’ untuk pembelian lain-lain barangan, samada untuk pembesaran perniagaan atau urusan peribadi.
Di sini Allah ingin memberitahu kita semua bahawa usaha yang begitu rapi akan menghasilkan pendapatan yang memuaskan tanpa pengurangan walau sedikit pun.
وَفَجَّرْنَا خِلَٰلَهُمَا نَهَرًا
Dan Kami alirkan di celah-celah kebun itu anak-anak sungai untuk saliran dan perparitan.
Tujuan saliran dan perparitan itu adalah untuk kegunaan ketumbuhan dan pembesaran pokok-pokok di kebun-kebun tersebut. Tanpa air yang mencukupi tidak akan memberkan hasil yang memuaskan. Oleh itu air memainkan peranan yang penting.


Ahad, 19 Julai 2015

BANTAL KEKABU

Bantal kekabu yang dibuat dari kekabu asli dari kampung mempunyai pelbagai kelebihan antaranya:
  1. Tidak panas semasa tidur.
  2. Tahan lama.
  3. Empuk.
1.Bantal Peluk Kekabu
RM25 sebiji*

2.Bantal Tidur Kekabu

RM20 sebiji*



*tidak termasuk kos penghantaran.

KUIH TRADISIONAL

menjual secara runcit dan borong makanan ringan seperti asam, jeruk, keropok dan lain-lain lagi. Sesiapa yang berminat hubungi saya di talian: 017-4869359, 017-5378466 atau email di: zohardi73@gmail.com

1.Putu Kacang



RM16 sebalang/ 60biji.*






*tidak termasuk kos penghantaran

Sabtu, 11 Oktober 2014

JERUK

menjual secara runcit dan borong makanan ringan seperti asam, jeruk, keropok dan lain-lain lagi. Sesiapa yang berminat hubungi saya di talian: 017-4869359, 017-5378466 atau email di: zohardi73@gmail.com


1.Jeruk Kedondong Hijau

 RM9.50/KG*

2. Jeruk Pala isi

RM9.50/KG*

3. Jeruk Anggur

RM12.00/KG*

4. Jeruk Sengkuang

RM9.50/KG*

5. Jeruk Kelubi

RM11.50/KG*

6. Jeruk Betik


RM9.50/KG*

7. Jeruk Salak

RM14.50/KG*

8. Jeruk Cermai



RM14.00/KG*

9.Jeruk Buah Setar

RM12.00/KG*


*harga bagi pesanan 5kg ke atas